Sejarah MBKS
Terdapat beberapa fungsi dan peranan Majlis yang dahulunya dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya semasa zaman pemerintahan Kerajaan Brooke. Sir Charles Vyner Brooke ditabalkan pada 22hb Julai 1918 sebagai pemerintah Dinasti Brooke yang ketiga. Pada tahun 1921, Lembaga Kebersihan dan Penasihat Kuching telah ditubuhkan. Dengan pembentukan undang‐undang baru pada 1hb Januari 1934, Lembaga ini mula dikenali sebagai Kuasa Perbandaran. Ini menandakan kewujudan awal kuasa tempatan untuk Kuching yang kemudiannya dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kuching (Kuching Municipal Council).
Kerajaan Pusat telah memberi pertimbangan untuk menganugerahkan status Perbandaran sepenuhnya kepada Lembaga ini. Malangnya peperangan tercetus pada 1941 dan isu ini diketepikan sehinggalah Kerajaan Awam kembali berkuasa pada 1946 setelah Sarawak menjadi tanah jajahan British.
Pada tahun 1947, Lembaga telah mendapati perlu untuk memperkenalkan sistem Jawatankuasa memandangkan beban kerja Lembaga kian bertambah. Pesuruhanjaya Majlis Perbandaran menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan pelbagai masalah pentadbiran dalam hanya satu mesyuarat bulanan.
Dalam tahun 1949, Gabenor Sarawak mengarah Pengerusi bagi Lembaga Majlis Perbandaran Kuching supaya mengemukakan kertas kerja cadangan untuk menukarkan Majlis Perbandaran kepada entiti kerajaan tempatan yang membiayai kewangan dan menguruskan pentadbirannya secara tersendiri. Keputusan ini telah membawa kepada penubuhan Majlis Perbandaran bebas dan berautonomi pada 1hb Januari 1953.
Pada masa itu, perlantikan ahli‐ahli Majlis Perbandaran yang berasaskan unsur perkauman ini terdiri daripada 24 wakil awam yang diketuai oleh Pegawai British sebagai Pengerusi. Gabenor Sarawak berkuasa untuk melantik Pengerusi Majlis dan 6 wakil yang menjaga kepentingan masyarakat dari beberapa segi. Manakala 18 wakil Majlis dicalonkan oleh pelbagai persatuan yang mewakili kaum Cina, Melayu, India, Ceylonese, Dayak dan British. Pemilihan 18 wakil ini memerlukan pengesahan dari Gabenor.
Dalam tahun 1956, Gabenor Sarawak telah berusaha mengadakan pengundian
bebas pada 4 November . Sejumlah 58 orang telah menawarkan diri sebagai
calon untuk 9 wad dan 27 kerusi dalam Majlis baru. Majlis baru yang
dipilih mula berkhidmat pada 1 Disembar 1956. Pengerusi dan Naib Pengerusi
dipilih daripada kalangan ahli Majlis yang memegang jawatan selama
1 tahun dan berkelayakan untuk dipilih semula. Walau bagaimanapun,
sistem pengundian bebas ini hanya kekal beberapa tahun sahaja.
Tempoh perlantikan bagi wakil Majlis yang selama 3 tahun pada tahun
1963 telah tamat pada 30 Jun 1966, tetapi oleh kerana disebabkan olek
faktor politik, tempoh perlantikan mereka telah dipanjangkan oleh Kerajaan
Negeri. Ini bermakna ahli Majlis yang dipilih pada pilihanraya tempatan
yang ke-3 pada tahun 1963 telah berkhidmat sehingga 14 Oktober 1981.
Enakmen untuk Ordinan Majlis Perbandaran Kuching (Amendment) (No.
2) 1977 pada 15 Disember 1977 di antara perkara lain, menggantikan
sistem pilihan raya bagi wakil Majlis dengan sistem perlantikan. Dengan
syarat Majlis terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan tidak
kurang daripada 8 orang dan tidak lebih 24 orang ahli Majlis yang dilantik
oleh Gabenor untuk berkhidmat tidak melebihi 3 tahun. Pertukaran Ordinan
berkuatkuasa pada 15 Oktober 1981 di mana semua wakil Majlis dilantik
untuk membentuk jawatankuasa yang baru dan semua wakil Majlis yang
lama berhenti memegang jawatan pada 14 Oktober 1981.
Pada 1 Ogos 1988, Majlis Perbandaran telah dinaik taraf kepada bandaraya
dan Kuching telah menjadi bandaraya yang ke-3 di Malaysia selepas Kuala
Lumpur dan Ipoh. Tarikh yang bersejarah ini juga menandakan pembahagian
pentadbiran kepada Kuching Utara (meliputi kebanyakan kawasan penting
Kuching di mana sebelum ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuching
dan meliputi kawasan baru melintasi Sungai Sarawak yang sebelum ini
ditadbir oleh Majlis Daerah Luar Bandar Kuching) dan Kuching Selatan
(meliputi sebahagian kawasan yang sebelum ini ditadbir oleh Majlis
Perbandaran Kuching di bahagian timur Kuching dan beberapa kawasan
baru sehingga ke barat yang sebelum ini ditadbir oleh Majlis Daerah
Luar Bandar Kuching) yang merangkumi kawasan seluas 61.53 km persegi.
Past Presidents/Chairmen of Kuching Municipal Council/Past & Present
Mayor of the MBKS
|
|
|
President
Pertama
Tan Sri Datuk William Tan
1 Dis 1956 – 30 Nov 1959 |
President Ke-2
Tan Sri Datuk Amar Ong Kee Hui
1 Dis 1959 – 27 Dis 1965 |
President Ke-3
Mr. Song Thian Cheok
28 dec 1965 – 30 Jun 1978 |
|
|
|
President Ke-4
Datuk Haji Abdul Kadir Marican
1 Julai 1978 – 14 Okt 1981 |
1st Chairman
of Restructured Council
Tan Sri Datuk Amar Stephen Yong
15 OKt 1981 – 20 May 1982 |
Pengerusi Ke-2
(Oct 1982-Jul 1988)
Datuk Bandar Pertama 1988-1996
Datuk Song Swee Guan |
|
|
|
Datuk Bandar
Ke-2
Chan Seng Kai
1 Feb 1997 – 31 Julai 2006 |
Datuk Bandar
Ke-3
The Late Chong Ted Tsiung
25 Sep 2006 – 3 August 2007 |
Datuk
Bandar Ke-4
Mr. James Chan Khay Syn
4 June 2008 - Present
|
|