| |
SERVIS MBKS ONLINE |
|
HUBUNGI KAMI |
|
|
Majlis Bandaraya Kuching Selatan
Jalan Padungan, 93675 Kuching,
Sarawak, Malaysia
[LOCATION MAP]
Tel: 6082-354200
Fax: 6082-417372
Hotline: 6082-238080
SMS : 019 - 8199991 request@mbks.gov.my
Kaunter Bayaran
Tingkat Bawah, Majlis Bandaraya Kuching Selatan
Tel: 082-354200
Masa Operasi
Isnin- Khamis 8.00 pagi to 4.00 petang
Jumaat - 8.00pagi - 11.00 pagi, 2.00 petang to 4.00 petang
Hotline Polis Kuching : 082-244 444 (24 jam) - IPD |
|
|
| |
|
|
|
Piagam Pelanggan MBKS
Untuk menyedia, membina dan menyelenggara jalan raya, tempat letak kereta, lampu jalan, pasar, kemudahan rekreasi, taman dan kemudahan lain serta pembaikan segera apabila diperlukan dari masa ke semasa.
- Segera bertindak terhadap segala pertanyaan yang berkaitan dengan perundangan dan permintaan atau aduan yang dilaporkan kepada Majlis.
- Mengambil tindakan dengan segera terhadap permintaan atau aduan yang dilaporkan dalam jangka masa 3 hari atau tidak melebihi 2 minggu hari bekerja.
- Memproses permit bagi permohonan untuk menggantung kain rentang atau papan iklan di tempat awam, dalam tempoh 1 hingga 7 hari.
- Memproses dan menyiapkan permohonan untuk lesen perniagaan yang telah memenuhi semua syarat dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja.
- Memproses dan menyiapkan permohonan untuk pelan bangunan yang telah memenuhi semua syarat dalam tempoh tidak melebihi 54 hari bekerja.
- Pengeluaran Permit Kelayakan Menduduki Bangunan bagi bangunan yang telah mencapai piawaian yang diperlukan dalam tempoh tidak melebihi 2 hari bekerja dari tarikh permohonan (Form F).
- Memastikan pembayaran oleh Majlis diproses dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh diterima oleh Bahagian Perbendaharaan dengan syarat semua bil dan dokumen yang relevan telah disahkan.
- Mengadakan atau menggalakkan orang awam mengambil bahagian secara aktif untuk mewujudkan sebuah bandar yang terancang, berbudaya, penyayang dan sejahtera.
Piagam Pelanggan Bahagian Percukaian Dan Penilaian
- Maklumbalas terhadap surat menyurat akan diberi dalam tempoh dua
puluh satu (21) hari bekerja dari tarikh penerimaan surat oleh Bahagian
Pencukaian dan Penilaian dan Seksyen Pengurusan Harta.
- Penukaran
nama pemilik/pembeli hartanah berkadar akan dibuat dalam tempoh empat
belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima tertakluk dengan
adanya dokumen sokongan yang tepat dan lengkap.
- Permohonan penyewaan
fasiliti majlis yang dibawah selian Seksyen Pengurusan Harta akan diproses
dalam masa empat belas (14) hari bekerja kecuali dalam permohonan yang
memerlukan keputusan Jawatankuasa Majlis.
Piagam
Pelanggan Bahagian Pentadbiran
- Memberi maklumbalas terhadap surat-surat yang diterima dalam tempoh
empat belas (14) hari bekerja tertakluk kepada semua sokongan dokumen
yang lengkap disertakan.
- Menjawab panggilan telefon orang awam melalui
operator mesti tidak melebihi 5 deringan.
- Mengambil tindakan dengan
segera terhadap permintaan atau aduan yang dilaporkan dalam jangka
masa tiga (3) hari atau tidak melebihi sepuluh (10) hari.
Piagam
Pelanggan Bahagian Pelesenan Dan Kesihatan Awam
BAHAGIAN PELESENAN
- Permohonan lesen yang lengkap akan diproses dan dikeluarkan
dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan diterima,
dengan syarat permohonan mematuhi semua syarat-syarat Majlis.
- Permohonan lesen sementara bagi iklan yang lengkap akan
diproses dan dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
dari tarikh permohonan diterima.
UNIT PASAR DAN PUSAT PENJAGA
- Permohonan lesen berniaga di pasar dan pusat penjaja yang
lengkap akan diproses dan diluluskan dalam tempoh dua (2)
bulan dari tarikh tutup iklan kekosongan gerai.
- Segala kerosakan kecil di pasar dan pusat penjaja seliaan
Majlis akan diambil tindakan baikpulih dalam tempoh tujuh
(7) hari bekerja dari tarikh laporan/aduan diterima.
BAHAGIAN KESIHATAN AWAM
UNIT SAPU JALAN
- Sentiasa memastikan jalan-jalan utama serta tempat-tempat
awam di pusat-pusat komersial bersih dan bebas daripada sampah
sarap dengan menjalankan kerja-kerja menyapu dan mengutip
sampah setiap hari.
- Setiap aduan yang diterima akan diteliti, diperiksa dan dinilai
serta diambil tindakan pembetulan dalam tempoh tiga (3) hari
dari tarikh aduan atau laporan diterima.
UNIT PEMBERSIHAN PARIT
- Memastikan perkhidmatan pembersihan parit di premis komersial
dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu:-
- Kawasan komersial yang padat dan tinggi pembuangan sisa
(sampah, minyak, bahan-bahan makanan, pasir dan tanah) akan
dibersihkan sekali dalam sebulan.
- Kawasan komersial yang kurang padat dan kurang pembuangan
sisa (sampah, minyak, bahan-bahan makanan dan enapan) akan
dibersihkan sekali dalam tempoh tiga (3) bulan.
- Setiap aduan yang diterima akan diteliti dan diambil tindakan
dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh aduan atau laporan diterima.
UNIT PENGURUSAN SISA
Memastikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal domestik dan komersil
oleh syarikat yang dilantik iaitu Trienekens ( Sarawak ) Sendirian
Berhad dilakukan dua (2) kali seminggu.
UNIT PENYEDUTAN TANGKI SEPTIK
Membuat penyedutan tangki septic (desludging) mengikut jadual
yang ditetapkan seperti berikut::-
1. Hotel dan Bangunan Perindustrian - Enam bulan sekali
2. Bangunan Kerajaan dan Sekolah - Setahun sekali
3. Bangunan Komersial - Dua tahun sekali
4. Perumahan - Empat tahun sekali
|
Piagam
Pelanggan Bahagian Perbendaharaan
Memastikan segala pembayaran oleh pihak Majlis harus dijelaskan dalam
tempoh tidak melebihi 30 hari selepas penyerahan dokumen-dokumen yang berkaitan.
Piagam
Pelanggan Bahagian Kejuruteraan
Mengeluarkan keputusan terhadap pelan struktur bangunan dalam
tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan pelan.
Mengeluarkan keputusan terhadap pelan
kejuruteraan dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan pelan.
Memastikan maklum balas terhadap aduan
akan diberikan tidak melebihi 1 minggu dari tarikh aduan diterima.
Memastikan lampu isyarat dibaiki dalam
tempoh 24 jam bergantung kepada bekalan alat-alat ganti yang sedia ada.
Memastikan kerja-kerja menampal jalan
yang berlubang akan dilaksanakan dalam tempoh 2 hari dari tarikh aduan
diterima.
Kerja-kerja pemotongan rumput dijadualkan berjalan setiap
2 minggu dan kerja-kerja pembersihan parit dijalankan satu bulan sekali
di kawasan perumahan.
Piagam
Pelanggan Bahagian Bangunan Dan Landskap
Memproses permohonan pelan bangunan
dalam tempoh 54 hari dari tarikh penerimaan dengan syarat permohonan
mematuhi segala syarat-syarat.
Memproses dan mengeluarkan Sijil Kelayakan
Menduduki (O.P.) dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan Borang F
dengan syarat pembinaan mematuhi segala kehendak-kehendak yang ditetapkan.
Memproses dan memberi ulasan pelan
landskap dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima permohonan
landskap yang lengkap.
Mengambil tindakan bagi kerja-kerja
pemangkasan serta sisa pangkasan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
dari tarikh aduan diterima.
Mengambil tindakan bagi kerja-kerja
penebangan pokok serta sisa penebangan dalam tempoh empat belas (14)
hari bekerja dan tarikh aduan diterima. |
|