Pengenalan MBKS

Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) merupakan sebuah badan korporat yang ditubuhkan di bawah Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan,1996. Pentadbirannya merangkumi kawasan bandaraya Kuching Selatan. Seperti pihak berkuasa tempatan yang lain, MBKS bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan asas kepada orang awam yang menetap di kawasan seluas 61.53km persegi di bawah kawassan tadbirannya.

Majlis ini diketuai oleh Datuk Bandar yang dibantu oleh Timbalan Datuk Bandar dan 25 orang ahli Majlis. Ahli-ahli Majlis ini dilantik oleh kerajaan negeri untuk berkhidmat selama 2 tahun dan tempoh perkhidmatan mereka akan diperbaharui selagi perkhidmatan mereka masih diperlukan. Ahli-ahli Majlis ini terdiri daripada komponen komponen parti politik Barisan Nasional di Sarawak yang bertanggungjawab menggubal polisi-polisi tersebut dengan sistematik dan berkesan.


Jadual Tender