Pengenalan
Majlis
Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) merupakan sebuah badan korporat yang
ditubuhkan di bawah Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan,1996. Pentadbirannya
merangkumi kawasan bandaraya Kuching Selatan. Seperti pihak berkuasa tempatan
yang lain, MBKS bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan
asas kepada orang awam yang menetap di kawasan seluas 61.53km persegi
di bawah kawassan tadbirannya.
Majlis ini diketuai oleh Datuk Bandar yang dibantu oleh Timbalan Datuk
Bandar dan 25 orang ahli Majlis. Ahli-ahli Majlis ini dilantik oleh kerajaan
negeri untuk berkhidmat selama 2 tahun dan tempoh perkhidmatan mereka
akan diperbaharui selagi perkhidmatan mereka masih diperlukan. Ahli-ahli
Majlis ini terdiri daripada komponen komponen parti politik Barisan Nasional
di Sarawak yang bertanggungjawab menggubal polisi-polisi tersebut dengan
sistematik dan berkesan.
Majlis
menjalankan pentadbirannya dengan menggunakan sistem jawatankuasa. Semua
jawatankuasa akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan
untuk membincangkan isu-isu dalam bidang jawatankuasa masing masing. Segala
keputusan yang dibuat oleh setiap jawatankuasa akan dibentangkan semasa
mesyuarat Jawatankuasa Induk pada setiap akhir bulan untuk diterimapakai
oleh Majlis.
Setiausaha
Bandaraya menjalankan tugas sebagai Ketua Pengawai Tadbir dalam Majlis
Bandaraya. Majlis ini dibahagikan kepada 7 bahagian iaitu Pentadbiran,
Perbendaharaan, Bangunan dan Lanskap, Kejuruteraan, Pencukaian dan Penilaian,
Kesihatan Awam, dan Perlesenan. Setiap bahagian ini diketuai oleh seorang
Ketua Bahagian yang bertanggungjawab untuk mengawal belanjawan bahagian
seperti yang diluluskan dalam Belanjawan Tahunan Majlis. |